Kelantan serius tangani isu pelencongan sosial, dadah

Iklan
Ahmad (dua dari kanan) pada Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) bilangan dua 2022 Kelantan pada Rabu.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengambil serius isu berkaitan pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, antara langkah yang diambil ialah dengan meluluskan dua kertas pertimbangan iaitu Hala Tuju Dalam Membanteras Gejala Dadah dan Bahan serta Perlaksanaan Program Berfokus.

Iklan
Iklan

"Selain dua kertas pertimbangan tersebut, MTMD Kelantan turut membincangkan isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial selain mencapai keputusan melibatkan beberapa cadangan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kelulusan tersebut dibuat semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) bilangan dua tahun 2022 negeri Kelantan pada Rabu.

Iklan

Menurut Ahmad, dalam pada itu, sebanyak dua kertas laporan turut dibentangkan oleh Polis dan AADK.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustafa dan Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad.

Iklan