Delph umum bersara

Iklan
Delph

BEKAS pemain tengah England, Fabian Delph mengumumkan persaraannya pada umur 32 tahun selepas beraksi sebanyak 204 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkembangan itu diumumkan sendiri Delph dalam satu hantaran di Instagram miliknya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya sejak memulakan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak.

Iklan
Iklan

"Saya ingin berterima kasih kepada keluarga, rakan, pemain dan kakitangan kelab-kelab yang pernah saya wakili termasuk sokongan daripada peminat," katanya.

Untuk rekod, Delph memulakan karier profesional bersama Leeds United pada tahun 2008 sebelum berpindah ke Aston Villa dua tahun kemudian.

Iklan

Selain itu, beliau juga berada di dalam pasukan Manchester City yang berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris dua kali berturut pada musim 2017/2018 dan 2018/2019.

Sepanjang kariernya, Delph sudah berjaya meraih enam trofi kejuaraan bersama City termasuklah Piala FA dan Piala Liga.

Iklan

Selain itu, Delph juga pernah mewakili England pada Piala Dunia 2018 dan beraksi dalam empat perlawanan sepanjang kejohanan itu.

Penampilan terakhirnya bersama Skuad Three Lions ialah pada tahun 2019 ketika membantu England memenangi playoff tempat ketiga menentang Switzerland di kejohanan Liga Negara-Negara Eropah.