Morata bawa Sepanyol ke separuh akhir

Iklan
Morata (tengah) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan buat Sepanyol pada minit akhir perlawanan ketika menentang Portugal.

PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata menjadi wira apabila menjaringkan gol pada lewat permainan untuk menang 1-0 ke atas Portugal dalam aksi Liga Negara-Negara di Braga awal pagi Selasa.

Kemenangan yang diraih Sepanyol itu sekaligus menyaksikan La Roja menempah slot ke pusingan separuh akhir kejohanan apabila menduduki tangga teratas Liga A Kumpulan 2.

Iklan
Iklan

"Dia adalah kunci kejayaan dan saya hanya menyempurnakannya,” katanya Morata selepas perlawanan.

Selain Sepanyol, turut mengesahkan slot ke separuh akhir kejohanan Liga Negara-Negara Eropah ialah Itali, Croatia dan Belanda yang mana perlawanan itu akan berlangsung pada Jun 2023.

Iklan

Dalam pada itu, Jurulatih Portugal, Santos nyata kecewa dengan persembahan pasukannya selepas gagal meraih tiket ke peringkat separuh akhir.

Jelasnya, pasukan kendaliannya mencipta lebih banyak peluang berbanding Sepanyol, namun gagal menterjemahkannya dengan jaringan.

Iklan

"Kami mempunyai banyak peluang dan Sepanyol hanya sedikit, kami sedih, kami mahu ke final.

"Ronaldo mempunyai tiga atau empat peluang yang biasanya dia sempurnakan, tetapi tidak kali ini,” katanya.