Semua kelab Liga Super isi slot Piala Malaysia

Iklan
Piala Malaysia yang menjadi rebutan kelab bola sepak tempatan. - Foto Agensi.

BERITA gembira buat para peminat bola sepak tempatan apabila pasukan kesayangan mereka yang beraksi dalam kancah Liga Super akan mengisi slot saingan Piala Malaysia musim ini termasuk tempat yang dikosongkan Melaka United FC.

Keputusan itu dicapai Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola sepak Malaysia (MFL) ekoran ketiadaan Melaka United musim ini akibat kegagalan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Iklan
Iklan

"Melaka United ketika ini menduduki tempat kesembilan Liga Super dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan Piala Malaysia 2022.

"Maka pasukan pengganti harus dipilih daripada Liga Super untuk mengekalkan bilangan 11 pasukan dan lima pasukan Liga Premier dalam pertandingan Piala Malaysia.

Iklan

"Semua pasukan Liga Super kecuali Melaka akan memperolehi slot Piala Malaysia 2022," kata MFL dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebagai rekod 11 pasukan Liga Super itu adalah Johor Darul Ta'zim, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC.

Iklan

Turut tersenarai ialah Sri Pahang FC, Selangor FC dan Petaling Jaya City FC serta dua pasukan tercorot iaitu Sarawak United dan Penang FC.