1,186 kes baharu Covid-19, 7 kematian

Iklan
Malaysia merekodkan 1,186 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 1,186 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,833,008.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak tujuh kematian direkodkan pada Isnin dan tiada kes kematian melibatkan di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Iklan
Iklan

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,357.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 1,690 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,772,630 kes.

Iklan

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 24,021 dengan 22,874 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Hanya seorang pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara di hospital (1,094) dengan 52 daripadanya dirawat unit rawatan rapi (ICU).

Iklan

Seramai 35 pesakit yang dimasukkan ke ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 17 lagi memerlukan mesin ventilator.