Agensi pemudah cara perlu bantu PMKS pertahan pemulihan
Iklan
Tengku Zafrul - Foto Bernama
AGENSI pemudah cara kerajaan bagi sektor perniagaan perlu terus bersedia untuk membantu kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempertahankan pemulihan yang telah dicapai pada tempoh pascapandemik.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, agensi terbabit seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), secara kolektif dapat membantu dalam memastikan PMKS Malaysia yang juga nadi ekonomi negara, untuk terus menyesuaikan diri serta maju dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.
Iklan
Iklan
Beliau menegaskan, ini penting memandangkan Malaysia dijangka berdepan banyak cabaran dalam suku keempat serta 2023 akibat faktor seperti perang di Ukraine yang berterusan, dasar sifar Covid-19 China, pendekatan bank pusat atau Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah bagi menangani inflasi serta gangguan rantaian bekalan.
"‘Walau apa cabaran sekali pun, seperti yang telah terbukti ketika zaman pandemik, insya-ALLAH kita akan dapat mencapai keberhasilan positif melalui usaha sama kita membantu sektor perniagaan untuk bertahan dan bangkit semula,’’ katanya dalam ucap tama pada majlis pemeteraian kerjasama antara CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dengan SJPP dan CGC di sini, pada Isnin.
Iklan
Menyentuh Bajet 2023, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif, mencapai ketahanan serta daya saing yang tinggi melalui penerapan teknologi yang inovatif.
Malah, pada masa sama, kerajaan akan turut menaik taraf pembangunan modal insan serta tenaga kerja PMKS negara ini, kata beliau. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>