PARIS - Hutang Perancis dijangka melepasi paras tiga trilion euro (RM13.31 trilion) dalam tempoh beberapa minggu akan datang, menurut kenyataan Menteri Tindakan Awam dan Akaun Perancis, Gabriel Attal yang disiarkan oleh sebuah akhbar negara itu pada Ahad.
"Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kami akan mengatasi paras hutang tiga trilion euro," kata Attal kepada akhbar Journal du Dimanche.