Mohon permit dahulu sebelum daki gunung
Iklan
Gambar hiasan
KANGAR- Orang ramai yang ingin mendaki gunung di Perlis perlu terlebih dahulu mendapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan negeri sebelum dibenarkan menjalankan aktiviti berkenaan, kata Pengarahnya, Ag Shaffie Ag Ahmadni
"Hendak mendaki boleh. Tetapi mohon permit dahulu. Mesti dengan jurupandu yang berpengalaman dan berdaftar dengan jabatan ini,” katanya kepada media selepas mengadakan sesi dialog bersama anggota Persatuan Pengusaha Dusun Bukit Bintang di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Shaffie berkata kadar bayaran bagi permohonan permit itu ialah RM5 setiap individu.
Katanya dengan bayaran permit tersebut membolehkan pihak jabatan mengetahui individu dan kumpulan bersama jurupandu yang mendaki gunung selain butiran mereka akan diberikan kepada penguat kuasa keselamatan.
Iklan
"Kadar bayaran bagi permit hanya minimum sahaja sekiranya hendak dibandingkan dengan keindahan panorama alam yang dinikmati oleh pendaki. Selain itu, jika berlaku sebarang kecemasan kita tahu sebab ada maklumat diri dan pihak keselamatan boleh segera melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
Beliau berkata sekiranya mana-mana individu atau kumpulan yang gagal mendapatkan permit boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan tanpa kebenaran.
Iklan
Shaffie berkata antara kawasan pendakian yang menjadi tumpuan di Perlis ialah Hutan Simpan Bukit Pelarit, Wang Gunung dan Gunung Perlis dan menambah bahawa pada awal tahun ini Gua Kelam 2 sejauh 9 kilometer telah dibuka dan bakal menjadi tarikan penggemar sukan mendaki.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>