1,924 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Iklan
Malaysia merekodkan 2,070 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 1,924 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 25,278.

Portal CovidNow menunjukkan sebanyak 24,136 atau 95.5 peratus daripada kes pesakit Covid-19 yang masih aktif merupakan individu dikuarantin di rumah manakala dua pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Iklan
Iklan

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Sabtu ialah 2,360 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,768,588.

Pada masa yang sama, negara ini turut merekodkan tiga kematian baharu akibat wabak tersebut pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Daripada jumlah itu, satu kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).