Premis sembelihan ayam disyaki cemar sungai digempur
Iklan
KUALA LUMPUR - Dua premis penyembelihan dan pemprosesan ayam yang disyaki melepaskan efluen perindustrian tanpa rawatan ke longkang awam digempur oleh pihak berkuasa pada Khamis.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, tindakan tersebut dibuat menerusi Ops Bersepadu yang disertai 21 pegawai dari pelbagai agensi.