Polis meninggal dunia ketika minum di gerai

Iklan
Allayarham Mohd Ruzimi

SETIU - Pelanggan di sebuah gerai makan di bandar Permaisuri di sini terkejut apabila seorang anggota polis tiba-tiba pengsan ketika minum di kedai tersebut petang semalam.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu berpangkat Koperal pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika minum di gerai itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada jam 2.27 petang berhubung perkara itu.

Menurutnya, anggota kereta peronda bergegas ke tempat kejadian dan mendapati Koperal Mohd Ruzimi Osman, 56, tidak sedarkan diri di atas kerusi di gerai tersebut dan pasukan paramedik yang telah berada di tempat kejadian berusaha memberi rawatan kecemasan kepada beliau.

Iklan

"Mohd Ruzimi kemudiannya di bawa dengan ambulans ke Hospital Setiu namun disahkan meninggal dunia pada jam 3. 15 petang,” katanya.

Zulkifli berkata, pemeriksaan perubatan mendapati anggota yang berkhidmat sebagai pemandu di Cawangan Pengangkutan IPD meninggal akibat serangan jantung.

Iklan