AMH Wilayah Persekutuan struktur semula kepimpinan
Iklan
Kenyataan media daripada AMH Wilayah Persekutuan.
SHAH ALAM - Angkatan Muda Harapan (AMH) Wilayah Persekutuan bersetuju dengan penstrukturan semula organisasi berikutan perubahan penjawatan dalam kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).
AMH Wilayah Persekutuan dalam kenyataan berkata, kepimpinan baharu jawatan berkenaan memilih Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Asmaaliff Abdul Adam sebagai Ketua dan Pengarah Biro Pilihan raya.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan tersebut, jawatan Timbalan Ketua terdiri daripada Ketua AMK, Mohammad Azfar Aza Azhar dan Ketua DAPSY, Edmund Teoh.
Selain itu, ujarnya, jawatan sebagai Naib Ketua pula diisi oleh Budihardi Sabei (Pemuda Amanah), Noor Amelia Zainabila Zaiffri (AMK) dan Alice Lan (DAPSY)
Iklan
Dalam kenyataan yang sama, AMH Wilayah Persekutuan juga akan mengadakan Jelajah Angkatan Muda Harapan di peringkat Wilayah Persekutuan.
Tambahnya, jelajah tersebut dilakukan bersama-sama dengan kepimpinan AMH peringkat pusat pada 8 Oktober ini dengan menjelajah ke beberapa kawasan Parlimen dan akhirnya menuju Putrajaya.
Iklan
"Mesyuarat juga membincangkan beberapa perkara penting seperti isu Kampung Bharu, isu anak muda dan isu kos kenaikan harga barang serta akan terus komited untuk menjadi suara kepada anak muda dan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh Asmaaliff, Mohammad Azfar dan Edmund.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>