Suka duka buat pemanah Terengganu
Iklan
Muhammad Hazmi melakukan panahan ketika menentang Muhammad Ammardalam acara akhir compound individu (pusingan olimpik) lelaki pada Sukma MSN 2022 di Stadium USIM pada Rabu.
Biarpun berjaya memperbaiki pencapaian pada edisi lepas, pemanah Terengganu, Mohamad Syafiq Md Ariffin, yang membantu pasukannya merangkul emas compound berpasukan lelaki tetap terkilan dengan prestasi dilakarnya pada Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pada Rabu.
Mohamad Syafiq yang membawa pulang tiga gangsa pada Sukma 2018 di Perak mengakui sedikit kecewa selepas gagal mencapai sasaran peribadi merangkul dua emas apabila beliau bersama Athirah Awni Mat Yatya yang turun beraksi bagi acara compound berpasukan campuran tewas 146-149 kepada wakil Sarawak, Josiah Hong-Siti Aisyah Ahmad Ishak pada aksi final di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.
Iklan
Iklan
Terdahulu, pemanah berusia 22 tahun itu bersama Muhammad Ammar Mohamad Amin dan Muhammad Hazmi Aisar Azmi menundukkan trio Selangor yang dibarisi Muhammad Aliff Aiman Mohd Hassri, Muhammad Imran Hakimi Amir Suharman dan Nik Ahmad Danial Mohd Kamarolzaman dengan keputusan 226-220 untuk memenangi emas compound berpasukan lelaki.
"Ada suka ada duka, saya sasar dua emas namun tiada rezeki pada acara berpasukan campuran, lagipun ini kali pertama saya berganding dengan Athirah.
Iklan
"Walau apapun, Alhamdulillah saya dapat bawa pulang emas untuk pasukan lelaki... saya mahu dedikasikan pingat dimenangi buat jurulatih dan ahli keluarga," katanya kepada pemberita.
Pelajar jurusan Sains Sukan dan Rekreasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu berharap akan terus mendapat tempat dalam skuad kebangsaan selepas pernah mewakili negara pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, Mei lepas.
Iklan
Sementara itu, pasukan Wilayah Persekutuan diwakili Muhammad Danieal Haqiemi Sohebi, Muhammad Ifran Adlan Luqman dan Muhammad Syamirul Amin Mohd Saifulsham menumpaskan Abdul Faathir Aqil Rafizam, Muhammad Zaiman 'Azim Mohd Munizam dan Wan Muhammad Izzuddin Wan Awang dari Perak, 227-205 untuk memenangi gangsa.
Acara compound berpasukan wanita pula menyaksikan skuad Pulau Pinang dibarisi Kayalvhily, Nurin Sofiya Ahmad Shukor dan M. Pritiswary berjaya membidik emas.
Mereka mengecewakan trio Pahang iaitu Maizatul Amiera Natasha Mahadi, Nur Damia Imanina Azian, Safi Qurratu Aini Saifol Anuar, dengan menang tipis 219-218.
Pingat gangsa disambar Nur Farah Aziera Shamsuddin, Nur Hazirah Abd Rahman dan Nuraqilah Khairul dari Johor yang menewaskan Aiza Natasya Aizuddin, Natasha Mohd Shahruddin, Siti Aisyah Ahmad Ishak dari Sarawak, 224-222.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>