LAHAD DATU - Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 7 Oktober ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.