Tiada lagi kompromi penjaja tiada lesen mulai 1 Januari
Iklan
KUALA LUMPUR - Peniaga dan penjaja di ibu kota yang masih tidak memiliki lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa membuat permohonan sebelum 31 Disember ini bagi mengelak tindakan penguatkuasaan.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.