JMKM siswa bermula Oktober

Iklan
Noh pada sidang media selepas mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa akan diperkenalkan bermula Oktober ini di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meringankan beban pelajar sempena pembukaan semula universiti selepas cuti semester.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sebagai permulaan, JMKM Siswa akan dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu pertama Oktober sebelum diperluaskan kepada 20 kampus IPTA seluruh negara.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga ahli Pasukan Jihad Tangani Inflasi berkata, format pelaksanaan JMKM Siswa adalah sama dengan JMKM sedia ada iaitu jualan dibuat dua hari setiap minggu sehingga 31 Dis ini.

Noh berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diberi tanggungjawab bagi pelaksanaan JMKM Siswa dengan kerjasama kedai koperasi, pusat keusahawanan di IPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Iklan

Pada 15 September lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur mengumumkan JMKM akan diperluaskan di IPTA dan institut pengajian tinggi swasta bermula Oktober tahun ini.

Program JMKM bermula pertengahan Ogos lepas adalah program yang memberi akses kepada rakyat negara ini untuk mendapatkan barangan pada harga lebih murah setiap minggu.

Iklan

Noh berkata,sehingga 11 September lepas, program JMKM telah dilaksanakan di 80.1 peratus Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 600 DUN seluruh negara dan dijangka mencapai 100 peratus menjelang bulan depan. - Bernama