Taufan Nanmadol: Hampir 9.5 juta penduduk diarah berpindah

Iklan
Taufan Nanmadol dijangka melanda pantai barat Jepun, bergerak ke arah timur dan melepasi bahagian barat dan timur di kawasan utara Pulau Honshu menjelang pagi Selasa. - Foto Internet

TOKYO - Jepun mengarahkan hampir 9.5 juta penduduk di barat negara itu berpindah berikutan taufan Nanmadol yang dijangka membawa angin kencang semakin menghampiri wilayah itu, lapor Sputnik.

Menurut laporan penyiar Jepun NHK pada Isnin, pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran ancaman bencana Tahap Empat, yang menyarankan penduduk berpindah ke lokasi selamat sementara pemindahan masih boleh dilakukan.

Iklan
Iklan

Amaran Tahap Lima iaitu amaran tertinggi berkemungkinan berisiko kepada nyawa manusia.

Kira-kira sembilan juta orang daripada 4.2 juta isi rumah di beberapa bahagian di wilayah Kyushu, Shikoku dan Chugoku yang terjejas di bawah Tahap Empat telah diarah berpindah.

Iklan

Taufan itu dijangka melanda pantai barat Jepun, bergerak ke arah timur dan melepasi bahagian barat dan timur di kawasan utara Pulau Honshu menjelang pagi Selasa.

Nanmadol diramal membawa angin 98.5 kaki (30.02 meter) per saat, dengan tiupan angin sehingga 45 kaki (13.72 meter).

Iklan

Menurut media Jepun, setakat pagi Isnin, taufan itu telah meragut satu nyawa dan mencederakan 69 yang lain.

Berikutan taufan itu, Perdana Menteri Fumio Kishida menangguhkan penerbangannya ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Bernama