Dyana Zairil selamat bersanding

Iklan
er
IPOH - Bekas calon DAP pada PRK Dun Teluk Intan, empat tahun lalu, Dyana Sofya Mohd Daud dan Adun Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari selamat melangsungkan majlis persandingan di Grand Ballroom Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), petang tadi.
Difahamkan, majlis pernikahan kedua mempelai turut diadakan di lokasi sama, semalam.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Kedua mempelai tiba ke majlis resepsi berkenaan pada jam 12.50 tengah hari sebelum bersanding dengan disaksikan kira-kira 1,300 tetamu jemputan.
Majlis resepsi berkenaan turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin; Menteri Besar Selangor, Amninuddim Shaari; Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tunku Razaleigh Hamzah dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta sebahagian Exco kerajaan negeri.
Kit Siang kemudiannya turut menyertai acara merenjis kedua mempelai sebelum kedua mempelai menyempurnakan majlis makan beradab dan meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu.