Cardiff City, Morison berpisah

Iklan
Steve Morison

KELAB Liga Kejuaraan, Cardiff City memecat pengendali The Bluebirds, Steve Morison susulan kekalahan 0-1 kepada Huddersfield Town dalam perlawanan liga pada Sabtu.

Kekalahan kepada anak buah Narcís Pelach, hasil jaringan Jordan Rhodes di Stadium John Smith's itu menyaksikan kelab milik Tan Sri Vincent Tan tersebut kekal di tangga ke-18 daripada 24 pasukan, dengan 11 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Iklan
Iklan

"Kelab Bola Sepak Cardiff City mengesahkan bahawa pengurus pasukan utama, Steve Morison telah dilepaskan daripada tugasnya.

"Kami berterima kasih kepada beliau atas usahanya memantapkan pasukan sepanjang berada di Cardiff City sebelum ini.

Iklan

"Beliau berusaha menstabilkan pasukan utama musim lalu dan membantu mengembangkan skuad kami selaras dengan falsafah kelab musim panas ini," kata kelab tersebut di laman media sosialnya.

Untuk rekod, Morison yang mengambil alih secara tetap pada November lalu, digantikan pengurus sementara Mark Hudson dibantu Tom Ramasut, menjelang perlawanan menentang Burnley pada 1 Oktober, menggantikan Mick McCarthy secara sementara pada Oktober tahun lalu.

Iklan