PRU15: DAP sasar 10 kerusi Parlimen perlu dimenangi PH
Iklan
Chin Tong (dua dari kiri) bersama Christina (tengah) dan Foong Hin (empat dari kiri) dalam satu pertemuan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau.
TAWAU - DAP menyasarkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen harus dimenangi Pakatan Harapan (PH) Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Bagi merealisasikan perkara itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Liew Chin Tong mahu DAP Sabah menyokong sepenuhnya Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi miliknya itu.
"Saya harap akan ada kerjasama erat antara DAP dan PKR supaya kita boleh menang di Tawau dan kawasan lain. Kami menyokong sepenuhnya Datuk Christina untuk menang supaya PH boleh menang.
"Kami akan berjuang berhabis-habisan di Sri Tanjong untuk memastikan kejayaan dalam pilihan raya untuk PKR," katanya dalam pertemuan delegasi DAP dengan Christina yang juga Pengerusi PH Sabah di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau pada Ahad.
Bersetuju dengan usul daripada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang mahu Sabah memenangi 10 kerusi Parlimen PH, Chin Tong berkata, ia akan menyumbang kepada jumlah kerusi yang boleh dimenangi PH di seluruh negara.
"Kita memerlukan lebih banyak kerusi supaya kita berpeluang membentuk kerajaan seterusnya di peringkat Persekutuan," katanya.
Beliau berkata, walaupun DAP tidak bertanding di Tawau pada PRU15 namun parti itu menganggap persediaan yang dilakukan adalah sebagai latihan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di masa akan datang.
Sementara itu, Foong Hin turut menyatakan kesediaan DAP Tawau membantu Christina mempertahankan kerusinya di Parlimen Tawau.
Beliau berkata, hubungan baik dalam kalangan parti komponen PH Sabah adalah sangat penting untuk berhadapan pilihan raya itu nanti.
"Tidak harus timbul perasaan syak wasangka di kalangan kita sendiri. Kita menuju ke arah yang sama iaitu memastikan tiada kerusi yang disandang PH tewas dalam PRU15.
"Kita di sini untuk melengkapkan jentera pilihan raya beliau (Christina) di Tawau," tegasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>