TAIPEI - Selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda tenggara Taiwan pada Ahad, Presiden Tsai Ing Wen berkata beliau telah meletakkan Pusat Operasi Kecemasan Pusat pada tahap berjaga-jaga tertinggi berikutan gegaran susulan yang dijangka berlaku.
Tsai menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap bahaya aktiviti seismik yang berterusan, sambil menambah beliau sentiasa menerima laporan daripada agensi yang terlibat dengan tindak balas bencana Taiwan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).