[VIDEO] 'Sayap' Warisan makin kembang di Semenanjung Malaysia
Iklan
Shafie (tengah) menyerahkan surat pelantikan kepada Pengerusi Warisan Kedah, Fadzil Hanafi (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Parti Warisan Negeri Kedah di Kelompang, Jalan Alor Mengkudu, di Alor Setar, pada Sabtu.
ALOR SETAR – Parti Warisan (Warisan) membuktikan parti yang dilabelkan sebagai parti nyamuk itu semakin mendapat sambutan di Semenanjung Malaysia dengan penubuhan Warisan di beberapa negeri.
Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu, ia jelas terbukti dengan penubuhan Warisan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu, Warisan akan terus melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia dengan penubuhan di negeri lain selepas ini seperti Melaka.
"Insya-ALLAH, Melaka akan datang (iaitu) bulan depan... saya ingat akan dibincangkan. Sambutan cukup menggalakkan walaupun digelar parti nyamuk ataupun parti yang kecil.
Iklan
"Kita dapat melihat sambutan penyertaan beberapa tokoh kepimpinan di negara ini sama ada di Perlis, Kedah, Johor sehinggalah Melaka,” katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Parti Warisan Negeri Kedah di D'Kelompang, Jalan Alor Mengkudu, di sini, pada Sabtu.
Iklan
Tambah beliau, penerimaan penduduk di Semenanjung Malaysia terhadap Warisan sememangnya cukup menggalakkan termasuklah daripada golongan profesional seperti pegawai bank dan doktor.
Shafie berkata, beliau mendapati anak muda turut menunjukkan minat terhadap Warisan apabila mereka telah menyertai parti itu.
"Kita dapat melihat gambaran (sambutan) yang diberikan dengan penyertaan mereka cukup menggalakkan semalam (Jumaat) di Pulau Pinang,” katanya.
Beliau menyifatkan, kehadiran ramai anak muda dalam program Warisan di Pulau Pinang berkenaan merupakan petanda cukup baik.
"Namun, saya nasihatkan pimpinan kita jangan musim jamuan sahaja ramai tetapi yang penting kepada kita, musim pilihan raya undinya banyak,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Shafie, Warisan perlu memiliki fokus jelas dan mantap sebagai kesiapsiagaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.