Shahrul dilepaskan dari skuad Harimau Malaya

Iklan
Shahrul Saad

PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim, Shahrul Saad sah tidak akan beraksi bersama skuad Harimau Malaya di kejohanan empat penjuru di Chiang Mai, Thailand bagi menghadapi 48th King's Cup 2022 bermula 22 hingga 25 September ini.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon dalam satu kenyataan memaklumkan, pemain berusia 29 tahun itu dilepaskan selepas didapati tidak cergas menjelang kejohanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Shahrul telah melaporkan diri bersama pemain-pemain lain semalam (Jumaat) tetapi pemantauan oleh doktor dan fisioterapis pasukan terhadap kondisi kesihatan sepanjang dua hari ini mendapati beliau tidak sempat untuk cergas sepenuhnya menjelang kedua-dua perlawanan di Chiang Mai itu nanti.

"Kami di barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain telah bersetuju untuk melepaskan Shahrul daripada kem latihan pusat kali ini supaya beliau dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini,” katanya.

Iklan

"Dengan ketiadaan Shahrul, baki 23 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sementara seorang lagi pemain iaitu Dion Cools akan terus menyertai pasukan di Chiang Mai pada Isnin ini.

"Tiada penambahan pemain baharu,”ujarnya.

Iklan