[VIDEO] Didik anak-anak dari awal tentang bahaya anal seks

Iklan
Dr Rafidah Hanim

SHAH ALAM - Ibu bapa perlu menerapkan pemahaman kepada anak-anak sejak awal lagi tentang bahayanya amalan seks melalui dubur terhadap impak kesihatan.

Profesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, daripada sudut perubatan, hubungan seks melalui dubur atau seks songsang yang menjadi amalan golongan gay sememangnya terbukti berisiko tinggi untuk jangkitan virus HIV.

Iklan
Iklan

"Dalam kaedah pencegahan ada yang mengatakan seks selamat dengan kondom. Tapi saya lebih suka sebenarnya didik anak-anak kita bahawa anal seks atau liwat atau seks melalui dubur itu amat merbahaya kerana dubur itu bukan diciptakan untuk menerima benda yang keras seperti zakar.

"Sebab lapisan epitelium dubur kita ini selapis. Ia juga kaya dengan salur darah dan mudah tercedera. Itu yang perlu diberitahu kepada anak-anak daripada awal.

Iklan

Program yang membincangkan topik bertajuk HIV, Gay & Melayu itu turut menampilkan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong sebagai panelis dan pesakit HIV gay, dikenali sebagai Hakim Azman sebagai jemputan khas.

Iklan
Finaz (kiri), Dr Sakinah (tengah) dan Dr Rafidah Hanim ketika Program Disebalik Isu Bersama FY yang disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, faktor sekolah asrama sejenis yang sering dikaitkan dengan amalan songsang seawal remaja kini dilihat setara dengan risiko budaya yang boleh berlaku di sekolah-sekolah biasa.

Ujarnya, kewujudan budaya seks songsang boleh berlaku sekiranya tiada kawalan yang sewajarnya.

"Untuk memberitahu mesej kepada remaja dan anak-anak, ia perlu jelas. Kita perlu kurangkan kes-kes baharu HIV, kurangkan HIV dalam kalangan anak muda.

"Masalah (seks songsang) ini adalah masalah pengurusan nafsu dan ia memerlukan motivasi yang amat kuat daripada sudut agama, sosial dan sudut ilmu perubatan.

"Perlu faham jika perkara ini (amalan seks songsang) terus dilakukan kita akan berdepan dengan kadar orang muda yang hidup dengan HIV positif, bergantung kepada Ubat Antiretroviral (HAART) sepanjang hayat..adakah kita ingin menuju ke arah itu?,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu ‘ustaz songsang’ yang menjadikan pelajar sendiri sebagai mangsa, beliau berkata, ia adalah berkait dengan trauma silam yang gagal dirawat sehingga memangsakan orang lain yang menjadi punca terjadinya kitaran budaya songsang.

"Perkara ini perlu dihentikan. Institusi tahfiz, sekolah-sekolah agama...pengurusan, perlu ada satu bentuk mekanisme tapisan, kawalan, pantauan yang lebih ketat,” jelas beliau.

Rafidah juga berpandangan, negara berdepan masalah dalam menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal normalisasi dan promosi gaya hidup songsang golongan terlibat.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga disaran mengambil pendekatan kempen yang lebih mudah difahami masyarakat dengan menggunakan laras bahasa lebih mudah berbanding terma digunakan dalam bidang perubatan.