20,000 jayakan Acara Finale Malaysia Boleh Bersama Milo

Iklan
Ribuan orang ramai membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan larian Malaysia Boleh bersama Milo sempena Hari Malaysia pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan Acara Finale Malaysia Boleh Bersama Milo sempena Hari Malaysia yang diadakan pada Jumaat.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Nesttlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Ye berkata, penganjuran berkenaan adalah bagi memupuk semangat patriotik dan kebersamaan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program yang dimulakan sejak Ogos lalu #MalaysiaBolehBersamaMILO berjaya dengan siri jelajah van Milo ikonik untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga Milo di seluruh negara.

"Buat pertama kalinya lagu ‘Kitalah Juara’ nyanyian sahabat-sahabat Milo iaitu Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac and Jestinna Kuan berkumandang memberi semangat kepada semua yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Penganjuran larian berkenaan adalah bagi memupuk semangat patriotik dan kebersamaan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Jelasnya, lagu ‘Kitalah Juara’ mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk cekal berusaha atas semangat perpaduan menuju pencapaian tertinggi di dalam hidup.

"Kami amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia terhadap kempen ini sehingga menjadikan acara kemuncak sambutan Hari Malaysia yang terbesar pernah dianjurkan,” katanya

Iklan

Tambahnya, sebagai jenama yang dekat dihati rakyat Malaysia sejak lebih 70 tahun, Milo akan terus bersama membekalkan tenaga dan khasiat kepada pengemarnya.

"Pada program itu turut diadakan senamrobik, senaman zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia," kata beliau.