36 peratus rakyat Palestin hidup di bawah garis kemiskinan

Iklan
Foto AFP

NEW YORK - Kira-kira 36 peratus penduduk Palestin hidup di bawah paras kemiskinan, menurut laporan terbaharu Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) pada Rabu.

Laporan itu turut mendedahkan ketakjaminan makanan meningkat daripada sembilan peratus kepada 23 peratus di Tebing Barat, manakala 50 peratus kepada 53 peratus di Gaza, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Iklan
Iklan

Pendudukan Israel telah memecah-belahkan ekonomi Palestin dan menghalang pengeluar memperoleh akses kepada pasaran serantau dan global.

Dengan peningkatan kos pengangkutan dan pengeluaran, pendudukan Israel telah membantutkan daya saing pengeluar Palestin, menurut laporan itu. - Bernama

Iklan
Iklan