Wanita bunuh, belah perut rakan hamil dibicarakan

Iklan
Taylor Parker (kiri) didakwa atas tuduhan membunuh Reagan Simmons-Hancock pada Oktober 2020. - Agensi

AUSTIN - Seorang wanita dibicarakan di sebuah mahkamah di Texas, Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan membunuh kenalannya yang hamil dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa untuk dijadikan anak sendiri.

Taylor Parker, 29, bakal berdepan hukuman mati atas jenayah dilakukannya pada Oktober 2020 di New Boston terhadap Reagan Simmons-Hancock.

Iklan
Iklan

Parker bagaimanapun mengaku tidak bersalah membunuh mangsa yang berusia 21 tahun.

Pendakwa raya berkata, Parker yang tidak boleh mengandung kerana menjalani pembedahan histerektomi melakukan perbuatan kejam itu selepas menipu teman lelakinya bahawa dia sudah berbadan dua.

Iklan

Mahkamah diberitahu, sebulan sebelum pembunuhan kejam itu, suspek mula mencari mangsa berpotensi di kedai pakaian bayi atau wad bersalin.

"Dia sanggup menipu dan mencuri bayi kerana bimbang ditinggalkan teman lelakinya," kata pendakwa raya.

Iklan

Pada 9 Oktober 2020 Parker pergi ke rumah Simmons-Hancock yang hamil trimester ketiga dan menikam mangsa lebih 100 kali.

Parker dikatakan memotong keluar fetus daripada perut mangsa ketika anak rakannya berusia tiga tahun tidur di bilik sebelah, sebelum lari dari tempat kejadian.

Dia ditahan ketika sedang memandu dengan bayi malang itu berada dalam pangkuannya dan memberitahu pegawai polis bahawa dia baru sahaja bersalin.

Bayi itu dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia.

Perbicaraan dijangka berlangsung sekurang-kurangnya selama sebulan. – AFP