Covid-19: 2,431 kes baharu, lima kematian

Iklan

SHAH ALAM - Sebanyak 2,431 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan pada Selasa.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan wabak berkenaan di Malaysia meningkat kepada 4,811,327.

Iklan
Iklan

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan dua daripadanya adalah kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan wabak ini melonjak kepada 36,296 kes.

Iklan

Sementara itu, sebanyak 1,820 kes sembuh baharu pula direkodkan.

Iklan