TERENGGANU FC (TFC) memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila menundukkan Penang FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.
Lebih manis lagi kemenangan itu menyaksikan skuad penyu berjaya membalas dendam kekalahan lalu apabila skuad kendalian Nafuzi Zain tewas 1-2 kepada skuad Harimau Kumbang itu di Stadium Bandaraya Jun lalu.