Ringgit jatuh, Tengku Zafrul dicabar jawab tiga soalan

Iklan
Tengku Zafrul pada Isnin dilaporkan menepis kebimbangan banyak pihak berhubung prestasi ringgit.

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung mencabar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menjawab tiga persoalan berkaitan keadaan ekonomi Malaysia.

Ia selepas Tengku Zafrul pada Isnin dilaporkan menepis kebimbangan banyak pihak berhubung prestasi ringgit dan turut menyatakan bahawa kerajaan tidak akan terlalu fokus kepada prestasi mata wang negara itu kerana perlu terus menumpukan kepada prestasi ekonomi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

Iklan
Iklan

"Memandangkan Tengku Zafrul mempunyai banyak masa untuk membuat video TikTok, saya mencabar beliau supaya memberikan penjelasan atas tiga soalan di bawah iaitu pertama, adakah kejatuhan nilai mata wang ringgit baik untuk majoriti rakyat?

"Ketiga, mengapakah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak meningkat semenjak tahun 1998?” soalnya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Chean Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, Tengku Zafrul dilihat cuba mengelirukan rakyat apabila menyatakan bahawa kejatuhan ringgit adalah perkara baik untuk Malaysia sebagai negara pengeksport.

"Kalau kejatuhan nilai mata wang sesebuah negara adalah sesuatu yang baik, sepatutnya si pengeksport di Sri Lanka, Zimbabwe dan Sudan Selatan menjadi orang yang paling gembira di dunia ini.

Iklan

"Tapi tentunya mereka tidak gembira sangat. Ini adalah kerana pertama, pengeksport perlu membeli barangan input untuk diproses dengan harga yang lebih tinggi.

"Misalnya kilang yang menghasilkan televisyen di Malaysia perlu membeli cip komputer dan skrin dari negara luar dengan dolar Amerika Syarikat (AS). Maka keuntungan mereka juga terjejas,” ujar beliau.

Tambahnya, kesan daripada situasi pelemahan ringgit itu juga antara lain bakal menyukarkan negara mengekalkan bukan sahaja bakat tempatan tetapi juga pekerja asing berkemahiran tinggi.

Ringgit Malaysia jatuh melepasi paras RM4.50 berbanding dolar AS pada 6 September lalu iaitu kedudukan terendah sejak Januari 1998, beberapa bulan selepas bermulanya Krisis Kewangan Asia.