Ibrahimovic belum mahu bersara

Iklan
Zlatan Ibrahimovic

PEMAIN veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengakui dia masih belum ada perancangan untuk bersara dalam masa terdekat.

Menurut Zlatan, meskipun sebelum ini mengalami kecederaan lutut, namun beliau berjanji akan kembali beraksi dalam masa terdekat dan cuba memberikan aksi yang terbaik.

Iklan
Iklan

"Saya akan kembali dalam masa terdekat dan masih belum ada hasrat untuk bersara.

Sebelum ini, penyerang yang berusia 41 tahun pada bulan depan itu menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL) pada Mei lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kecederaan yang dialami Zlatan itu sedikitpun tidak menjejaskan peluangnya untuk menandatangani lanjutan kontrak setahun bersama AC Milan dua bulan kemudian.