Selangor belum putuskan bubar DUN tahun ini: MB
Iklan
Amirudin
PETALING JAYA - Selangor masih belum memutuskan sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau belum mendapat perkenan membincangkan perkara itu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
"Kami akan membincangkannya di setiap peringkat dan sudah tentu saya perlu mendapatkan perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia dan pucuk pimpinan (PH),” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan 'Coffee Table Book' bertajuk 'Menelusuri Kisah Air Selangor' yang diterbitkan sempena ulang tahun ketiga penubuhan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd di One Utama di sini pada Selasa.
Iklan
Hadir sama, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman.
Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau yakin PH akan dapat mengekalkan DUN Selangor di bawah pentadbiran PH.
Iklan
Menurutnya, sebagai Menteri Besar daripada PKR dan menerusi gabungan parti PH yang sudah mentadbir negeri sejak 2008 adalah menjadi misi beliau untuk mempertahankan negeri Selangor.
"Sudah tentu, perkara paling penting ialah kami mesti menang dan kita mahu mempertahankan negeri ini sebaik mungkin.
"Untuk mendapatkan dua pertiga, atau yang terbaik, mendapatkan majoriti mampan untuk kerajaan yang akan kita bentuk pada masa hadapan," katanya.
Pada 2018, PH memenangi 51 daripada 56 kerusi di negeri Selangor namun selepas Langkah Sheraton pada 2020, PH kehilangan 11 kerusi tetapi masih menguasai 40 kerusi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi" /><meta itemprop="description" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T03:42:34.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WFzJQ1cEQD2T0psPT/x120" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4o2i" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4o2i"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta" /><meta itemprop="description" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Jelas anak kelahiran Ampang itu, sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berlangsung tiada aktiviti yang menyalahi undang-undang dilakukan pihaknya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663294/berita/politik/sock-tao-nafi-kempen-ph-langgar-akta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com