Rangka kerja teknologi wang kripto diwujudkan

Iklan
Gambar kecil: Amirudin

SATU rangka kerja umum bagi melaksanakan kerjasama dalam segala bidang teknologi wang kripto dan pertukaran aset digital (DAXes) akan diwujudkan.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, langkah tersebut bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai penilaian dan pengurusan ancaman risiko siber.

Iklan
Iklan

"Teknologi digital telah berkembang lebih pantas daripada segala inovasi dalam sejarah kita dan mengubah kehidupan serta ekonomi dunia ke arah saluran dalam talian

"Malah wang juga telah didigitalkan kerana kebanyakan masyarakat berbelanja menggunakan kad kredit, pemindahan bank, e-dompet dan kini mata wang kripto untuk pemindahan digital.

Iklan

"Justeru, memorandum persefahaman (MoU) antara CyberSecurity Malaysia dan MX Global Sdn Bhd adalah tepat pada masanya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena MoU itu pada Selasa yang menyaksikan MX Global diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Fadzli Shah Anuar.

Iklan

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kedua-dua entiti itu akan bekerjasama dalam keselamatan siber, mata wang kripto dan pertukaran aset digital, latihan serta program kesedaran.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun kerjasama itu, pihaknya akan membangunkan semua bidang yang telah dikenal pasti melalui bahagian mata wang kripto yang memfokuskan kepada teknologi blok rantaian.

Sementara itu, Aminudin dalam ucapannya berkata, insiden keselamatan yang melibatkan kecurian mata wang kripto meningkat setiap tahun.

"Dilaporkan bahawa berjuta-juta kriptan telah dicuri kerana pelbagai pelanggaran keselamatan," jelasnya.

Beliau berkata, pelanggaran keselamatan bukan sahaja memberi kesan terhadap mangsa tetapi kepada keseluruhan kredibiliti ekosistem pertukaran dan ekonomi digital.

"Oleh itu, kami berharap MoU ini akan membuka pintu kepada CyberSecurity untuk meneroka langkah keselamatan yang diperlukan dan mengurangkan risiko keselamatan dalam pertukaran mata wang kripto," katanya.