Lori tangki terbalik, diesel tumpah atas jalan

Iklan
Kerja-kerja kawalan dan pembersihan minyak dilakukan bomba dan Hazmat. - Foto ihsan bomba

PORT DICKSON - Sebuah lori tangki yang membawa muatan diesel terbalik menyebabkan tumpahan minyak di Jalan Pasir Panjang berhampiran lampu isyarat hadapan sebuah resort di Teluk Kemang di sini pada Ahad.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Azizee Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.20 pagi.