LAHAD DATU - Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 7 September lepas, dilanjutkan sehingga 22 September ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dalam kenyataan pada Jumaat berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.