Amaran ribut petir di lapan negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri sehingga jam 9 malam pada Selasa.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri sehingga jam 9 malam pada Selasa.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5 petang memaklumkan, lapan negeri itu ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Iklan
Iklan

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Iklan

Sementara di Perak kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Kelantan iaitu Gua Musang.

Di Terengganu ialah Dungun dan Kemaman dan di Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Iklan

Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol manakala di Johor iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.