Isu guru Kafa: Jakim diminta beri penjelasan

Iklan
Mohd Arifin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Sabah, di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta memberi penjelasan berhubung tular isu pembayaran elaun membabitkan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Sabah.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan segera mendapatkan maklumat daripada Jakim dan yakin jabatan itu sedang menyelesaikan masalah berkenaan.

"Bagaimanapun, sekiranya perkara itu berlaku, kita usaha untuk mencari jalan mengatasinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Sabah di Menara Kinabalu pada Selasa.

Tular di media sosial berhubung isu kebajikan guru Kafa yang mendakwa mereka diminta membayar semula elaun belajar.

Iklan
Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang tular di media sosial mendakwa guru Kafa di Sabah diminta membayar semula elaun belajar yang diterima pada tujuh tahun lalu, selain turut didakwa elaun guru Kafa belum diterima.

Dalam hantaran di media sosial itu, turut ditanya menteri berkaitan dan pihak Jakim sama ada mengetahui isu berkenaan atau tidak selain meminta penjelasan daripada pihak berkaitan.

Iklan