Tinggal wang dalam TH untuk pergi haji sahaja

Iklan
Antara reaksi netizen di ruangan komen di Facebook Sinar Harian berkaitan pengumuman hibah TH.

SHAH ALAM -"Lebih baik tinggalkan duit dalam Tabung Haji (TH) hanya cukup untuk menunaikan haji sahaja. Lain bawa keluar simpan di tempat lain," demikian kata pemilik akaun menggunakan nama Khairul Hazwan Ahmad di ruangan komen Facebook Sinar Harian.

Itu antara komen netizen selepas pengumuman yang dibuat TH mengenai hibah atau bonus kepada 9.3 juta pendeposit.

Iklan
Iklan

Pengumuman tersebut amat dinanti-nantikan pendeposit kerana tarikh pengumumannya lebih lewat berbanding tahun lalu selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebelum ini menyatakan ia akan diumumkan pada Mac.

Jika diperhatikan, ramai yang kecewa dengan pengumuman agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus kepada semua pendeposit yang dikatakan terendah dalam sejarah TH.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH pada kadar 1.25 peratus

Bagi Khairul Hazwan Ahmad, hibah TH bukan satu bentuk pelaburan dan bagi mana-mana individu yang ingin mencari keuntungan, mereka boleh melabur di tempat lain seperti di Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Iklan

Senada dengan pandangan tersebut, seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Rozmal Malakan berkata, TH adalah untuk mereka yang mahu menunaikan haji.

"Siapa yang telah pergi haji, jika nak hibah lebih simpanlah di tempat lain yang patuh syariah. Siapa yang belum pergi haji simpan RM10,000 sahaja di TH," katanya.

Namun begitu, ada yang tetap bersyukur dengan hibah tersebut dan percaya ia adalah rezeki daripada ALLAH SWT.

Pengguna Facebook bernama Jamiatul Salamah Abd Rahim berkata:"Saya ucapkan alhamdulillah dan mendoakan TH akan lebih berjaya dalam urusan pada masa akan datang.

"Terima kasih kepada yang berusaha menjaga TH. Alhamdulillah, moga ALLAH tambah nikmat," katanya.

Antara reaksi netizen di ruangan komen di Facebook Sinar Harian berkaitan pengumuman hibah TH.