'Jasa KJ tidak dilupa tapi Tok Mat calon paling sesuai'
Iklan
Gambar dari kiri: Khairy dan Mohamad Hasan
REMBAU - Sudah tiba masanya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Walaupun beberapa pemimpin akar umbi UMNO Rembau masih menyayangi dan mengenang jasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ahli Parlimen Rembau, namun mereka merasakan Mohamad atau Tok Mat wajar bertanding di kerusi berkenaan, lebih-lebih lagi beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Iklan
Iklan
Abd Latip
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau, Abd Latip Alias berkata, pemilihan Tok Mat untuk bertanding di Parlimen Rembau bukannya menidakkan khidmat dan jasa Khairy di kawasan itu.
"Sekarang ini Tok Mat menjawat jawatan tinggi dalam parti, jadi sesuailah beliau berhijrah di Parlimen sekarang.
Iklan
"Sampai bila-bila Tok Mat nak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) saja. Sudah semestinya kerusi Parlimen Rembau paling sesuai," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Chengkau berharap Khairy yang menyandang jawatan Ahli Parlimen Rembau sejak tahun 2008 ditempatkan bertanding kawasan Parlimen lain di Negeri Sembilan yang dirasakan bersesuaian.
Iklan
Kata Abd Latip, ia sekali gus bagi memastikan nama Menteri Kesihatan itu tidak diketepikan sebagai calon UMNO dalam PRU15.
"Menjadi satu kerugian buat UMNO lebih-lebih lagi di Negeri Sembilan jika Khairy tidak bertanding pada PRU15.
"Eloklah pemimpin tertinggi UMNO berbincang untuk tempatan YB KJ di tempat yang sesuai misalnya di kerusi Parlimen Tampin, Port Dickson atau Seremban.
"Jasa YB KJ di Parlimen Rembau selama tiga penggal begitu besar, cumanya di sini kita ada dua pemimpin besar yang berkaliber dan kebetulan pula Tok Mat sekarang Timbalan Presiden UMNO, jadi peluang itu perlu diberi kepada Tok Mat," katanya.
Saliza
Pandangan sama turut dizahirkan Ketua UMNO Cawangan Merbau Sembilan, Saliza Mohd Sharif yang berpendapat Tok Mat merupakan calon lebih layak untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada PRU15.
Katanya, Khairy bagaimanapun masih diperlukan sebagai pemimpin dan masyarakat Rembau masih menyayanginya.
"YB Khairy ini pemimpin muda yang bagus, ramai orang suka dengan beliau.
"Tapi nak buat macam mana 'benda' ada satu, jadi kita kena pilih mana yang terbaiklah," katanya.
Mohd Hanapiah
Ketua Cawangan UMNO Penajis Bandar, Mohd Hanapiah Hussain pula berkata, jika Tok Mat yang kini memegang jawatan penting dalam parti berterusan hanya bertanding di kerusi DUN, peranannya terhad.
Tambahnya, Khairy pula merupakan pemimpin yang dilihat berpotensi memegang jawatan lebih besar dalam parti.
"Cuma situasi sekarang beliau (khairy) di Rembau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Tok Mat Ketua UMNO Bahagian.
"Sepatutnya ada perundingan dan kita di peringkat bawah pun tak tahu apa yang pemimpin atas rundingkan," katanya.
Berkenaan soal kerusi Parlimen mana yang sesuai buat Khairy, beliau berkata, tidak pasti tetapi berharap Khairy terus diberi peluang bertanding di Negeri Sembilan.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan Khairy Jamaluddin mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU15.
Khairy berkata, ia berikutan beliau telah diminta untuk memberikan laluan kepada Mohamad Hasan yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.