'Tiada undang-undang paksa Pulau Pinang bayar air mentah'

Iklan
Jaseni

GEORGETOWN - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sepatutnya berusaha untuk mendapatkan pampasan Persekutuan untuk Kedah dan bukannya memaksa Pulau Pinang membayar Kedah untuk air dari Sungai Muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, Tuan Ibrahim adalah menteri Persekutuan dan kementeriannya mempunyai akses kepada dana Persekutuan.

Iklan
Iklan

Beliau harus sedar bahawa rakyat dan perniagaan di Pulau Pinang membayar berbilion ringgit cukai kepada kerajaan Persekutuan setiap tahun.

"Dalam pada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang membentangkan bajet negeri tahun 2022 dengan unjuran defisit RM449.8 juta.

Iklan

"Oleh itu, meminta Pulau Pinang membayar Kedah untuk mendapatkan air mentah adalah seperti memerah air daripada batu," katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Jumaat lalu, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab moral membayar kepada Kedah berhubung sumber bekalan air yang diambil dari Sungai Muda.

Iklan

Tuan Ibrahim berkata, Pulau Pinang mempunyai hak mengambil air dari Sungai Muda, namun aliran sungai berkenaan bermula di hutan di Ulu Muda, Kedah, perlu dipelihara dan dilindungi daripada pembalakan menyebabkan Kedah kehilangan sumber pendapatan yang berpotensi.

Mengulas mengenai perkara itu Jaseni berkata, sekiranya menteri berkenaan benar-benar yakin bahawa Kedah perlu diberi pampasan untuk memulihara Ulu Muda, beliau harus memberi tumpuan kepada pampasan Persekutuan untuk Kedah.

Beliau berkata, daripada bercakap tentang kewajipan moral, beliau juga harus berhadapan dengan fakta iaitu Pulau Pinang tidak membayar Kedah untuk air mentah dari Sungai Muda kerana tiada kewajipan undang-undang yang memaksa Pulau Pinang membayar air mentah yang diabstrak dari Sungai Muda.

"Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengabstrak air mentah dari Sungai Muda di dalam wilayah Pulau Pinang.

"Disebabkan muka sauk Lahar Tiang PBAPP terletak di Seberang Perai, dan bukan di Kedah, PBAPP membayar caj air mentah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengabstrak air mentah dari Sungai Muda yang mengalir melalui Pulau Pinang," jelasnya.