[VIDEO] Najib kekal Ahli Parlimen Pekan
Iklan
Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan, petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.
Iklan
Iklan
Justeru, beliau menjelaskan, kuat kuasa kehilangan kelayakan Najib sebagai ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu selesai.
"Ini bermakna status Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Dalam pada itu Azhar Azizan turut memaklumkan, mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana ahli Parlimen yang disabit atas kesalahan oleh mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara untuk tidak kurang daripada setahun atau didenda sebanyak kurang RM2,000, individu berkenaan akan hilang kelayakan sebagai seorang ahli Parlimen.
"Saya ingin memaklumkan bahawa telah menerima serahan beberapa dokumen termasuk salinan permohonan pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan ke atas Najib bertarikh 1 September, salinan surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh sama yang melampirkan permohonan pengampunan tersebut yang diaku terima oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2 September.
Iklan
"Salinan Perintah Jenayah termeterai masing-masing bagi kes rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan bertarikh 23 Ogos 2022,” katanya.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib setelah didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>