Bekas Pengerusi Tata Group Cyrus Mistry maut nahas jalan raya

Iklan
Cyrus Mistry. - Foto Reuters

NEW DELHI - Ahli perniagaan Cyrus Mistry yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat gergasi korporat India, Tata Sons meninggal dunia dalam nahas jalan raya, pada Ahad.

Nahas berlaku ketika Mistry, 54, bersama tiga lagi penumpang dalam perjalanan dari Ahmedabad, Gujarat menuju ke Mumbai, lapor media India memetik polis.

Iklan
Iklan

Seorang lagi penumpang turut terbunuh manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di kawasan Palghar dekat Mumbai kira-kira 3 petang (waktu India).

Mistry ialah anak bongsu kepada mendiang Pallonji Mistry, bilionair empayar perniagaan Shapoorji Pallonji Group.

Iklan

Sementara itu Perdana Menteri Narendra Modi berkata Mistry seorang ahli perniagaan yang hebat di India dan pemergiaannya satu kehilangan besar kepada dunia perdagangan dan industri. - Bernama

Iklan