Terima makluman penukaran Pengarah JAS Johor: Exco
Iklan
JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya hanya menerima makluman tentang pertukaran Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh ke Putrajaya tetapi tidak dimaklumkan sebab-sebab pertukaran dibuat.
Sehubungan itu, beliau tidak berhasrat untuk memberikan komen lebih lanjut kerana ia (pertukaran) merupakan bidang kuasa di bawah kerajaan pusat.
Iklan
Iklan
"Itu kuasa (arahan pertukaran) bukan dari kerajaan negeri. Itu kuasa dari Persekutuan, oleh itu saya tidak hendak komen lebih lanjut.
"Pada saya, semua agensi di bawah saya telah pun memberikan kerjasama dan berusaha sebaik mungkin untuk pastikan kes pencemaran sebelum ini ditangani secara baik.
Iklan
"Kita tidak ada masalah,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada, beliau mengetahui mengenai pertukaran itu.
Dr Sahruddin berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Ekspedisi Penyelidikan Hulu Sungai Chat di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di sini, hari ini.
Iklan
Bagaimanapun, Mohammad Ezanni yang dihubungi semalam menyatakan bahawa pertukarannya itu disebabkan beliau dipromosikan sebagai Ketua Unit Pengurusan Sisa Toksik dan Pembuangan Berjadual Kebangsaan.
Pertukaran Mohammad Ezanni ke unit di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) itu dilaporkan berkuatkuasa 1 April lepas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>