PFAM terima laporan tunggakan gaji pemain Melaka United FC

Iklan

PERSATUAN Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan menerima laporan berhubung isu tunggakan gaji selama dua bulan membabitkan pasukan Liga Super, Melaka United FC.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, tunggakan itu melibatkan pembayaran gaji bagi Jun dan Julai lepas serta sebahagian baki pembayaran pada Januari.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan notis kepada Melaka United berhubung perkara itu selain turut membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Badan Penyelesaian Pertikaian Nasional (NDRC).

"...dan saya berharap semua pemain di Malaysia sekiranya terdapat masalah berkaitan gaji, sila tampil ke depan, datang kepada PFAM untuk kita ambil tindakan seterusnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Kejohanan Footgolf PFAM Bersama Media di Footgolf Malaysia Bukit Jelutong di sini hari ini.

Iklan

Pada masa sama, selain mengharapkan Melaka United melunaskan gaji barisan pemainnya yang tertunggak, beliau berpesan kepada semua pasukan di Malaysia supaya tidak mengabaikan tanggungjawab membayar gaji pemain dan menghormati kontrak yang telah dipersetujui.

Ini bukan kali pertama Melaka United terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain selepas masalah sama turut berlaku pada musim sebelumnya.

Iklan

Melaka United berada di tangga kelapan Liga Super dengan mengumpul 17 mata selepas mengharungi 15 perlawanan setakat ini.

Baru-baru ini PFAM turut mengesahkan menerima laporan isu tunggakan gaji yang berlarutan hampir empat bulan membabitkan beberapa pemain pasukan Sarawak United yang memaksa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak geran pasukan sebanyak RM100,000 untuk diberikan kepada para pemain yang terjejas. - Bernama