Erat hubungan polis, masyarakat
Iklan
Noorzainy menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad kanak-kanak Hospital Kepala Batas.
KEPALA BATAS - Pesakit di wad kanak-kanak Hospital Kepala Batas teruja apabila menerima kunjungan daripada pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).
Lawatan yang diketuai Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-212 yang berlangsung baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Rombongan berkenaan turut disertai Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis SPU, Nabiha Hashim dan Pengurus stesen minyak Shell Mak Mandin, Abdullah Mohamed Nor yang turut melawat kaum ibu di wad bersalin hospital terbabit.
Lawatan turut dilakukan di wad bersalin Hospital Kepala Batas.
Noorzainy berkata, lawatan berkenaan bertujuan mengeratkan lagi hubungan mesra dengan masyarakat dan kakitangan Hospital Kepala Batas.
Iklan
"Lawatan begini bukan saja diadakan untuk menyambut Hari Polis setiap tahun, malah pada waktu lain apabila ada anggota polis ataupun ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital justeru pihak kami akan datang melawat.
"Lawatan ini juga menzahirkan penghargaan kepada pihak hospital yang sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada pesakit termasuk kepada warga PDRM," katanya ketika ditemui, di sini.
Iklan
Dalam lawatan berkenaan, mereka turut mengedarkan hamper dan risalah keselamatan kepada pesakit dan kakitangan hospital terbabit.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>