Alimuddin dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan
Iklan
Alimuddin
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, watikah pelantikan Alimuddin telah disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI pada 18 Ogos lalu.
Iklan
Iklan
Hakimah yang juga Setiausaha MKI turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-259 yang diadakan pada 30 Jun lalu telah berkenan untuk menaik taraf Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), MKI kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, MKI.
"Jakim juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hassan, bekas Pengerusi LEPAI atas khidmat baktinya bermula 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2022," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Menurut Hakimah, LEPAI sebelum ini diperkenan penubuhannya oleh Majlis Raja-Raja yang ke-126 pada 24 Februari 1983.
"LEPAI bertanggungjawab menyelaras, menambah baik dan membantu perkara berkaitan pelajaran dan pendidikan agam Islam di sekolah-sekolah agama negeri dan sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh Malaysia.
Iklan
"Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti Alimuddin dalam bidang pelajaran dan pendidikan, Jakim menaruh keyakinan beliau akan dapat memimpin Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan untuk mencapai matlamat penubuhannya," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>