Prosiding kes Rosmah bermula dengan hujahan singkir hakim

Iklan
Rosmah hadir bagi mendengar keputusan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Prosiding yang dijadualkan untuk keputusan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bermula dengan hujahan permohonan untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.

Ketika ini, pendengaran ditangguhkan sementara bagi membolehkan peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah bersedia untuk berhujah.

Iklan
Iklan

Semasa prosiding, Jagjit memohon supaya prosiding pada Khamis ditangguhkan ke tarikh lain, bagi membolehkan pihaknya menyediakan afidavit balasan.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini meminta mereka meneruskan hari ini.

Iklan

"Anda memfailkan sijil perakuan segera pada sebelah petang, sebelum sambutan kemerdekaan dan saya telah membacanya ketika cuti umum.

"Anda sepatutnya sudah bersedia, saya sudah membacanya dan merasakan tiada keperluan untuk menyangkal,” katanya.

Iklan

Pada Selasa, Rosmah, 71, menfailkan permohonan supaya Mohamed Zaini menarik diri daripada kes itu.

Rosmah menggunakan alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lalu berhubung kebocoran keputusan penghakiman kes yang dihadapinya, disediakan oleh pihak lain, bukannya hakim itu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu memfailkan notis usul berkenaan menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Pendakwa Raya selaku responden.