Tiada tambahan tonggak baharu: Ten Hag

Iklan
Ten Hag mengakui Manchester United masih memerlukan khidmat Ronaldo musim ini. - Foto AFP

MANCHESTER United tidak akan menambah tonggak baharu menjelang tarikh tutup akhir jendela perpindahan pemain selepas melengkapkan perbincangan dengan Antony dan Martin Dubravka.

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag berkata,"Sejujurnya semuanya sudah cukup bagi jendela perpindahan ini. Anda perlu sentiasa berjaga-jaga di kelab utama.

Iklan
Iklan

"Namun kami akan bermain dari September sehingga paling minimum Januari depan bersama barisan pemain skuad ini.

"Bagi bahagian serangan, kami perlu menguatkan pasukan. Pemain bahagian serangan cepat letih dan perlu berlari lebih dengan intensiti,” kata Ten Hag yang berharap pasukan itu mengekalkan mentaliti kemenangan selepas menang dua aksi terakhir.

Iklan

Manchester United sebelum ini mencapai persetujuan dengan kelab Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam untuk khidmat pemain Brazil, Antony.

The Red Devils juga turut berharap dapat merekrut penjaga gol Newcastle United, Dubravka secara pinjaman, dengan pilihan menjadikannya perjanjian kekal.

Iklan

Pada masa sama Ten Hag percaya Ronaldo akan kekal bersama gergasi liga Inggeris itu di sebalik spekulasi masa depan bintang Portugal itu selepas media Britain melaporkan pemain berusia 37 tahun tersebut mahu meninggalkan Manchester United untuk bermain di Liga Juara-Juara.

"Ya, memang jelas kelab ini amat memerlukan pemain berkualiti, malah kami perlu lebih ramai pemain untuk bermain di semua perlawanan," kata pengendali berusia 52 tahun dari Haaksbergen, Belanda berkenan mengenai masa depan Ronaldo.