Cabul, rogol budak empat tahun

Iklan
Tertuduh dibawa anggota polis di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.

SEREMBAN - Seorang bapa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul dan merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.

Tertuduh, Mohd Zairil Mohd Zin, 46, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Madihah Harullah sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabi’i kanak-kanak perempuan itu di rumah di Titi, Jelebu, bulan lalu.

Dengan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Iklan

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol kanak-kanak terbabit di rumah itu di lokasi dan tarikh yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak. Norshazwani dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi sebelum peguam tertuduh, M Haresh meminta jaminan minimum berikutan hanya tertuduh sahaja yang bekerja dan menanggung keluarganya.

Hakim kemudiannya menawarkan jaminan RM8,000 dan kes akan disebut semula pada 6 Mei depan.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki melakukan perbuatan terkutuk apabila mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh isterinya, selepas kanak-kanak itu menceritakan kejadian kepada keluarga.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 40-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika isterinya tiada di rumah di Kuala Klawang pada 23 Mac lalu.

Katanya, suspek adalah suami kepada pengasuh yang menjaga kanak-kanak perempuan berkenaan.

Pada 24 Mac lalu, ibu mangsa membawa anaknya ke klinik dan pemeriksaan doktor mengesahkan ada kesan cabul dan seterusnya membuat laporan polis.