Covid-19: 2,191 kes baharu, dua kematian direkod

Iklan
Sebanyak 2,191 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini pada Ahad. - Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Sebanyak 2,191 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini pada Ahad menjadikan keseluruhan jangkitan wabak tersebut 4,776,194 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,198 kes.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, kes aktif Covid -19 pula kini berjumlah sebanyak 32,901 dengan 31,527 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 19 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,282 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 73 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Iklan
Iklan

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 3,796 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada ke 4,707,095.